Tasik YDP
3:00 AM
TanjungMalim
Tasik Y.D.P pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.
Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai.Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM,Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.
Tasik YDP terletak di hadapan Kampung Balun dan kedudukannya dari pekan Slim River adalah lebih kurang 2 kilometer. Di sini disediakan tempat bermain untuk kanak-kanak dan pondok-pondok istirehat. Pengunjung boleh mengadakan aktiviti memancing sambil menikmati pemandangan yang menarik disekitar tasik terutama di waktu senja
Posted in
Universiti Perguruan Sultan Idris
9:00 AM
TanjungMalim
Peta Ke UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997
Peginapan Yang Disediakan di UPSI
Appartments | Rates |
Ungku Omar College
| Goverment Servant RM 140.00 / Appartment RM 35.00 / Room Public RM 160.00 / Appartment RM 40.00 / Room |
Ungku Omar College Aminuddin Baki College Za'ba College
| Goverment Servant RM 105.00 / Appartment RM 35.00 / Room Public RM 120.00 / Appartment RM 40.00 / Room |
Untuk Tepahan sila Hubungi : Unit Perumahan Pelajar JHEPA Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Office : +605-4505338 / 5332 Fax : +605-4583
|
Posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)




