Tasik YDP

Tasik Y.D.P pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai.Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM,Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.
Tasik YDP terletak di hadapan Kampung Balun dan kedudukannya dari pekan Slim River adalah lebih kurang 2 kilometer. Di sini disediakan tempat bermain untuk kanak-kanak dan pondok-pondok istirehat. Pengunjung boleh mengadakan aktiviti memancing sambil menikmati pemandangan yang menarik disekitar tasik terutama di waktu senja


No Response to "Tasik YDP"

Post a Comment