Tempat Makan Yang Terkenal (Bahagian 3)

Aman Gado Gado



Terletak di kawasan medan selera berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke kedai 'Aman Gado-Gado' ketika berada di Tangjung Malim.Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang pekat berkrim.Maka tidak hairan lah terdapat pelancong-pelancong luar yang datang ke tangjung malim memilih lokasi ini untuk menjamu selera.






Keistimewaan: Gado-gado
Waktu Operasi: 7.00am - 7.00pm



Nasi Lemak Hj Din


Juga terletak di Medan Selera Tanjong Malim, kedai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Kedainya walaupun agak kecil tetapi ianya telah menjadi tumpuan peminat-peminat nasi lemak sejak dulu lagi sehingga sekarang. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.

 




Tempat Makan Yang Terkenal (Bahagian 2)

Andri Ayam Kampung


Terkenal di Tanjung Malim dengan masakan padang. Makanan-makanan di sini masih lagi dimasak menggunakan dapur kayu. Hanya dibuka pada 1.00pm dan ditutup pada 2.00pm. Sekiranya stok ayam kampung tidak mencukupi maka kedai ini tidak dibuka. Kedai makan ini sememangnya unik dan ramai pengunjung sanggup menunggu kerana pintunya hanya akan dibuka tepat pada pukul 1.00pm



Bersebelahan Petronas Tanjong Malim
 35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Keistimewaan: Masakan Padang
Waktu Operasi: 1.00pm - 2.00pm


Tempat Makan Yang Terkenal (Bahagian 1)

Pau Yik Mun

Kedai Pau Yik Mun telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan ia merupakan kedai pau yang sangat terkenal di tanjung malim. Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan ‘chicken Chop’nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata malaysia. Kok Jek Ming merupakan generasi ke tiga keluarga Kok yang masih meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

 Apa yang istimewa dengan pau ini?untuk mendapatkan penjelasan saya dan rakan rakan telah pergi ke kedai pau ini dan mendapati kedai pau ini adalah kedai halal yang mempunyai ramai pelanggan melayu. Ia terkenal kerana cara pembuatannya selain itu ia mempunyai pelbagai perasa antaranya ialah Pau Ayam, Pau Daging, Pau Kaya dan Pau Kacang . Harga pau ini juga amat berpatutan dengan bentuknya yang besar. Jadi datanglah ke Tanjung Malim untuk menikmati Pau di Yik Mun.

 

Pengangkutan Awam Yang Terdapat Untuk ke Tanjung Malim



Stesen Bas Tanjung Malim

Stesen Kereta api berkembar Slim River

Stesen Keretaapi Berkembar Tanjung Malim








Banjir Di Tanjung Malim Era 70 an



Apabila merungkai sejarah tentang Tanjung Malim pastinya ramai yang tidak tahu bahawa pada satu masa dahulu, Tanjung Malim pernah dilanda Banjir yang agak teruk sekitar tahun 70 an. berikut adalah gambar yang kami dapat semasa berlakunya banjir tersebut











Bagaimana Hendak Ke Tanjung Malim

Latar Belakang Tanjung Malim


Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Malim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu. Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.
Pekan Tanjung Malim Zaman dahulu





Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu dan Slim River.Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur.
Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.
Bandar Tanjung Malim

Sejarah Kerajaan Perak

Pada zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak). Dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bersetuju untuk menamakan ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara Tun Perak. Ini adalah cerita versi Almarhum Sultan Idris.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan nama negeri Perak ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai ke sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri... ", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.


Negeri Perak mempunyai banyak tarikan sejak dahulu lagi kerana sejarahnya dan tempat menarik yang terdapat di sana. antara salah satu tempat menarik yang berpotensi untuk pelancong ialah Tanjung Malim