Lubuk kawah

Lubuk kawah adalah satu tarikan utama di Tanjung Malim terutamanya untuk pelajar dari Universiti Perguruan Sutan Idris atau (UPSI). Lubuk kawah menjadi tarikan di mana para pengemar aktiviti lasak boleh melakukan aktiviti di sini. Bagi mereka yang ingin ke sini pacuan 4 roda pelu digunakan untuk sampai ke  lubuk kawah memandangkan keadaan jalan nya yang kurang baik. Dari pekan Tanjung Malim ia mengambil masa lebih kuran 20 minit untuk sampai di lubuk kawah kemudian perlu menaiki pacuan  roda untuk sampai ke air terjun lubuk kawah.

Air Terjun Lubuk Kawah

Air Terjun di Lubuk Kawah

Taman Pergola Slim River


Taman Pegola Slim River terletak bersebelahan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, merupakan salah satu daripada tempat-tempat riadah dan rekreasi yang terdapat dalam Daerah Kecil Slim River / Tg. Malim

Taman yang dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak dan trek jogging , menjadi tempat yang amat sesuai untuk masyarakat daerah kecil Slim River melakukan aktiviti riadah terutamanya pada waktu petang. Taman ini telah disediakan dan diselenggara oleh Majlis Daerah Tg. Malim 

Tasik YDP

Tasik Y.D.P pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai.Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM,Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.
Tasik YDP terletak di hadapan Kampung Balun dan kedudukannya dari pekan Slim River adalah lebih kurang 2 kilometer. Di sini disediakan tempat bermain untuk kanak-kanak dan pondok-pondok istirehat. Pengunjung boleh mengadakan aktiviti memancing sambil menikmati pemandangan yang menarik disekitar tasik terutama di waktu senja